DARS HUBABAH UMMU SALIM 1

 🗣 Hubabah Ummu Salim

📆 Malam 1 Ramadhan 1443h




▪️Barangsiapa yang berpuasa dan bangun malam dengan Iman dan ihtisaban (mengharapkan pembalasan dari Allah) Nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya

▪️ Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: Telah dikurniakan kepada umatku 5 perkara yg tidak dikurniakan kepada umat2 yg sebelumnya:

1️⃣ Bau mulut orang yg berpuasa lebih wangi dari wangian kasturi

2️⃣ Pada malam pertama Ramadhan, Allah memandang setiap hamba2nya.. yang mana apabila hamba tersebut dapat padanganNya.. Tidak akan diazab selamanya

3️⃣ Malaikat2 beristighfar keatas orang yg berpuasa setiap siang dan malam

4️⃣ Dan pada akhir malam bulan Ramadhan, Allah megampunkan semua umat Muhammad SAW

Maksud 'akhir malam bulan ramadhan' adalah malam lailatul qadr


▪️Ramadhan ke Ramadhan yang seterusnya diampunkan dosanya oleh Allah diantara 2 ramadhan tersebut


📖 Dikisahkan ketika Nabi SAW ingin berkhutbah, datang padanya malaikat jibril. Kemudian Malaikat jibril berdoa dan meminta Rasulullah SAW “amin”kan

1. "Laknatlah bagi sesiapa yang sampai kepadanya Bulan Ramadhan tetapi tidak diampunkan dosa-dosanya" Rasulullah SAW mengaminkan

2. Malaikat jibril pun berdoa lagi: "Laknatlah sesiapa yang hidup bersama orang tuanya tetapi tidak masuk syurga" Rasulullah SAW mengaminkan

3. "Laknatlah bagi sesiapa yg disebutkan kepadanya tentang Nabi SAW tetapi tidak berselawat keatasnya SAW" Rasulullah mengaminkan


🔺Tiada diragukan lagi bahawa kesemua doa ini dimakbulakan oleh Allah SWT kerana yang mendoakan adalah Sayyidina Jibril dan yang mengaminkannya adalah Rasulullah SAW

▪️Sesiapa yang berbuka puasa dgn rezeki yang Halal, nescaya Malaikat berselawat keatanya sepanjang bulan Ramadhan

▪️Ketika tibanya bulan Ramadhan akan dikatakan kepada Malaikat ridhwan "wahai malaikat ridhwan bukalah pintu-pintu syurga bagi sesiapa yg berpuasa di bulan Ramadhan" dan akan dikatakan kepada malaikat Malik "wahai malaikat Malik, kuncilah pintu-pintu Neraka dari mereka yang berpuasa di bulan Ramadhan"

▪️Kalaulah seseorang hamba itu tahu hakikat sebenar bulan Ramadhan nescaya dia akan mengharapkan sepanjang tahun adalah Ramadhan


💎 tiga golongan yang tidak ditolak ketika mereka berdoa (mustajab doa)

1️⃣ Doa orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa

2️⃣ Doa Imam yang aadil

3️⃣ Doa orang yang dizalimi


▪️Tidaklah seseorang hamba berpuasa dibulan Ramadhan kecuali dikahwinkan dengan bidadari syurga

▪️Sesungguhnya ketika datangnya bulan Ramadhan syurga-syurga akan dicantikkan dan dihiaskan disetiap penjurunya


📝Ilmu Kalam Tarem 

Comments

Popular posts from this blog

AGAR CANTIKMU SAMPAI KE SURGA

Pentingnya Menuntut Ilmu Bagi Muslimah Sebagai Madrasatul Ula

SPECIAL MILAD SAYYIDAH FATIMAH AZ-ZAHRA