DARS HUBABAH UMMU SALIM 2

 πŸ—£ Dars Hubabah Ummu Salim

πŸ“† Malam 2 Ramadhan 1443H

πŸ“Kediaman Sayyidil Habib Umar.

Tarim, Hadhramaut



AL HABIB ABDULLAH BIN MUHAMMAD BAHARUN


▪️Dinamakan Ramadhan kerana ia membakar dosa-dosa di bulan tersebut

▪️10 awal Ramadhan adalah rahmah, 10 pertengahannya adalah maghfirah (pengampunan) dan 10 akhirnya adalah pembebasan dari neraka

▪️Pintu-pintu neraka ditutup sepanjang bulan Ramadan sehingga jika orang-orang kafir kalau meninggal Bulan Ramadhan, tidak akan masuk dalam neraka sehinggalah datang hari Aidilfitri kemudian baru dimasukkan dalam neraka

▪️Begitu juga syaitan akan diikat sehingga habisnya Ramadan dan lihatlah kesannya di malam pertama Aidilfitri ketika syaitan dilepaskan lelaki dan perempuan bercampur di pasar dan ditempat lain.


πŸ“œ Hadis Qudsi yang bermaksud “Semua amalan anak-anak adam untuknya (ditetapkan ganjaran pahala) kecuali puasa sesungguhnya keatasKu dan aku yang memberi balasan/pahalanya”

▪️Jadi kita tak tahu berapa banyak ganjaran kita dapat dari ibadah puasa kerana ganjaran orang berpuasa tiada hujungnya (keistimewaan khas dari Allah SWT)

▪️Khusus orang-orang berpuasa kelak apabila dia bangkit dari kubur bau mulutnya lebih wangi dari wangian kasturi dan akan masuk syurga dari pintu yang bernama “Ar-Rayyan”

▪️ Doa orang yg berpuasa mustajab, tidurnya adalah ibadah, diamnya adalah tasbih dan dosa-dosanya diampunkan

▪️ Puasa Ramadan juga adalah ibadah yang jika kita riya’ maka ia tidak akan mengganggu ibadah kita. kita tidak akan dapat riya’ didalamnya kerana semua orang berpuasa


πŸ“œ Rasulullah SAW bersabda “tidur orang yang berpuasa adalah Ibadah” 

▪️Tidur sahaja sudah menjadi ibadah bagaimana dengan ibadah-ibdah yg lain?

▪️Tanda seorang munafiq ketika datang kepadanya bulan Ramadan dia akan merasa berat dan orang mu’min ketika datangnya bulan Ramadan dia akan bahagia

▪️Disetiap malam di bulan Ramadhan malaikat menyeru "Wahai yg mencari kebaikan kemarilah" "Wahai yg mencari keburukan sudahilah perbuatanmu itu"


πŸ”Ί “kebaikan” disini boleh memberi maksud yg banyak antaranya solat sunat, sedekah, terawih dan semua ibadahmu kepada Allah swt

πŸ”Ί”kemarilah” bermaksud semoga Allah menerima ibadah dan memberi ganjaran kepada kita


πŸ’Ž Pada bulan ramadhan yang mulia ini bukan sahaja kita menahan diri dari makan dan minum tapi hendaklah juga kita menahan diri dari perkara-perkara yg dilarang. 

🚫 Contoh melihat perkara-perkara yang haram, menipu, mengumpat, masuk campur didalam perkara yang bukan urusannya dan sebagainya


πŸ’Ž Dan hendaklah kita laksanakan solat Isya dan subuh secara berjemaah khususnya di bulan Ramadhan 

πŸ’Ž Dan hendaklah kita jaga hak-hak manusia dan jangan ada yang memutuskan sillatulrahim dibulan ramadhan ini

πŸ’Ž Dan barangsiapa yang menjaga hak-hak manusia, yang menjauhi perkara-perkara yg haram dan memperbanyakkan ibadah dibulan Ramadhan insyaAllah keluarnya bulan Ramadhan segala dosanya diampunkan bersih seperti bayi yang baru keluar dari perut ibunya


▪️Jalan pertama untuk mencari kebaikan adalah dengan mencintai orang-orang baik/soleh


πŸ“ Ilmu Kalam Tarem

Comments

Popular posts from this blog

AGAR CANTIKMU SAMPAI KE SURGA

Pentingnya Menuntut Ilmu Bagi Muslimah Sebagai Madrasatul Ula

SPECIAL MILAD SAYYIDAH FATIMAH AZ-ZAHRA