DARS HUBABAH UMMU SALIM 3

 πŸ—£ Dars Hubabah Ummu Salim

πŸ“† Malam 3 Ramadhan 1443H

πŸ“ Kediaman Sayyidil Habib Umar

Tarim, Hadhramaut


USTADZAH AMIROH AL-HADDAD 


▪️Hubabah mengingatkan kita bahawa telah masuk malam ke-3 dari malam Rahmat. Maka janganlah kita sia-siakan lagi


πŸ‘³πŸ»‍♂️ Syeikh Abu Bakar bin Salim berkata "Barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah dengan sebenar2nya tawakkal, nescaya akan direzekikan kepadanya seperti rezeki seekor burung" 


πŸ“œ Allah berfirman “Dan tidak ada satu binatang yang melata di muka bumi ini melainkan Allah lah yang memberi rezeki kepadanya” [Hud:6]


▪️Dan keadaan orang² mu'min itu ketika masuk bulan Ramadhan, akan bertambah rezekinya. 


▪️Rasulullah SAW bersabda "Barangsiapa yang memberi makan orang yg berbuka puasa, maka baginya ganjaran sepertinya." (Seperti orang yang berpuasa tadi.) 


πŸ”ΊWalaupun kita hanya memberi orang yg berpuasa dengan segelas air itu pun sudah termasuk dalam maksud hadis tersebut. 


▪️Barangsiapa yang memberi makan orang yang berbuka puasa, nescaya diampunkan dosa² nya dan dibebaskan dari api neraka. 


▪️Sebaik² sedekah adalah sedekah air. 


▪️Barangsiapa yang bersedekah dengan hanya memberi minum segelas air ganjarannya seperti membebaskan seorang hamba. 


▪️Dan barangsiapa yang memberi orang minum ketika ketiadaaan air dimana2 tempat/ jalanan,  maka baginya ganjaran seperti menghidupkan orang yang mati kerana boleh jadi dia mati didalam kehausan ketika tiada air.


▪️Barangsiapa yang memberi minum seorang mu'min maka Allah akan memberinya minuman dari telaga haud dan barangsiapa minum dari telaga tersebut, dia tidak akan merasa haus buat selama²nya


▪️Ada dua perkara yang harus seorang hamba minta kepada Allah SWT. 

1️⃣ minta Ridho Allah

2️⃣ minta dijauhkan dari api neraka


πŸ‘³πŸ»‍♂️ Berkata Sayyidina Ali “dosa ini seperti titik-titik hitam di dalam hati ia dipadam dengan penyesalan (taubat) dan dibersihkan dengan air mata (penyesalan)”


▪️Setiap hati manusia itu ada titik hitam gelap (kerana dosa² nya yang banyak) Maka hendaklah dia memadam kesan hitam dari hatinya itu dengan penyesalan (atas dosanya²). 


▪️Dan cara memadam  titik hitam tersebut dengan tangisan air mata (taubat dan menyesal dengan dosa-dosanya)


▪️Hati kita ini sangat cepat kotor. Kata Ulama’ dalam masa kurang 24 jam sahaja hati kita boleh hitam kerana dosa-dosa yg kita lakukan tanpa bertaubat.


πŸ“– Hubabah cerita satu kisah

Pada zaman dahulu sebelum terciptanya makhluk² . Allah terlebih dahulu menciptakan jin-jin. Semua jin-jin ini telah mengkafirkan tuhannya kecuali Iblis. Tinggal lah iblis keseorang menyembah Allah yang maha Esa dan Iblis  mula beribadah, berdiri, rukuk, sujud keatas Tuhan.

Ulama berkata: "Tak ada satu pun tempat/tanah dimuka bumi ini kecuali telah disujud oleh iblis (menyembah dan beribadah kepada Allah)"

Iblis telah menyembah dan beribadah kepada Allah selama 8,000 tahun. Sampailah Allah mengangkatnya naik ke atas langit. Ketika dia berada di atas langit,  iblis mula merasa kagum dan bangga dengan amalan² nya yang banyak sehinggalah Allah menciptakan Nabi Adam AS. lalu Allah memerintahkan kepada iblis untuk bersujud kepada Nabi Adam AS

Dari situlah tu mula terbit rasa Takabbur (sombong) di hati iblis. 

"Aku lebih baik dari nya. Aku diciptakan dari api dan Adam diciptakan dari tanah”


πŸ”Ί Iblis adalah makhluk pertama yg melakukan kemaksiatan kepada Allah swt dan kesalahan pertamanya adalah perkataan 'AKU'


▪️Setelah berlalu ratusan tahun selepas itu iblis ingin bertaubat kepada ALLAH maka dia pergi berjumpa dengan Sayyidina Musa AS dan bertanya "Bagaimana kalau aku ingin bertaubat kepada Allah?” Maka Allah SWT jawab "Sujudlah di kubur Nabi Adam AS"

Dan iblis berkata dengan sombongnya "Bagaimana aku akan bersujud kepada Nabi Adam setelah ia mati sedangkan di masa hidup pun aku tidak mahu.”


▪️Jadi hubabah pesan, berhati² lah dengan perasaan Takabbur dan perkataan 'AKU'. Hendaklah kita menjaga diri kita dari maksiat² hati, khususnya di bulan Ramadhan ini.



πŸ“ Ilmu Kalam Tarem 

Comments

Popular posts from this blog

AGAR CANTIKMU SAMPAI KE SURGA

Pentingnya Menuntut Ilmu Bagi Muslimah Sebagai Madrasatul Ula

SPECIAL MILAD SAYYIDAH FATIMAH AZ-ZAHRA