DARS HUBABAH UMMU SALIM 4

 Kalam Tarim πŸ“š:

πŸ—£ Dars Hubabah Ummu Salim

πŸ“† Malam 4 Ramadhan 1443H

πŸ“Kediaman Sayyidil Habib Umar Ben Hafidz

Tarim, Hadhramaut




πŸ“œ Dalam Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud “Jika datang pada kalian tetamu maka muliakanlah nya"

Ketahuilah bahawa bulan Ramadhan adalah tetamu kita yang mulia dan merupakan ketua segala bulan.


▪️Macam mana dan dengan apa kita nak muliakan tetamu kita, bulan Ramadhan? Dengan puasa, bagun malam, i'tikaf, dan ibadah2 yang lainnya.


▪️setiap keburukkan yg kita lakukan didalam bulan Ramadan akan digandakan menjadi 1000 maka begitu juga kebaikan juga diganda 1000


▪️Ketahuilah bahawa satu jam di bulan Ramadhan yg dipenuhi bacaan al-quran, zikir dan ibadah lebih agung dari setahun.


▪️Hamba-hamba yang datang dipintu Allah swt tidak akan balik dengan tangan yg kosong. Setiap kebaikan akan diberi kebaikan olehNya


▪️ Kalau jasad kita tidak makan dan minum untuk beberapa hari maka jasad kita akan mati maka begitu juga dgn ruh kita. Ruh kita memerlukan makanan dan apakah makanan ruh kita? 

Makanannya adalah ilmu.


πŸ‘³πŸ»‍♂️ Berkata Habib Abdullah Bin Hussein Bin Tohir “Ilmu itu makanan untuk hati dan didalamnya terdapat keredhaan Tuhan” beliau Ψ±Ψ­Ω…Ω‡ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ ΨͺΨΉΨ§Ω„Ω‰ juga berkata “didalam majlis ilmu itu terdapat banyak rahsia yg kalian tidak akan dapati didalam ibadah yg lain”


πŸ’Ž Hadir satu majlis ilmu itu lebih baik dari solat seribu rakaat, menguruskan seribu jenazah dan ziarah seribu orang sakit.

Walaupun kita hadir sekejap 10 minit, 15 minit di majlis ilmu lebih baik dari perkara-perkara tersebut.


▪️seorang yg beribadah yg mempunyai kefahaman(ilmu) lebih ditakuti oleh syaitan dari 1000 orang yg beribadah tanpa ilmu


πŸ“œ Allah swt berfirman “adakah orang yg tahu dan orang yg tidak tahu itu sama?”


▪️ Kenapa ganjaran majlis ilmu itu besar kerana solat memerlukan ilmu, wudhu perlukan ilmu, begitu juga dgn ibadah-ibadah yang lain semuanya memerlukan ilmu.


πŸ“œ Allah SWT berfirman didalam Alquran “Ψ’Ω„Ω…" (Alif Laam Mim) “Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya) ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa” [Al baqarah ayat 1-2]


▪️Allah memyebut petunjuk untuk orang yg bertakwa dan bukan petunjuk bagi seorang muslim atau mu’min maka Al-Quran adalah petunjuk bagi orang yg bertakwa


πŸ“– Diceritakan satu kisah seorang qodi(hakim) di Seiyun yang telah menjadi qodi selama 25 tahun akan tetapi tidak ada satu orang pun yg mendatanginya. Kemudian beliau pun kecewa dan merasa dirinya tidak dilihat oleh penduduk disana. Maka beliau pun keluar bertanya kepada penduduk adakah dikalangan mereka yg mempunyai masaalah? Akan tetapi tidak ada yg mendatanginya. Kemudian seseorang memberitahu kepada qodi “penduduk disini menjadikan Al-Quran sebagai penyelesaian bagi mereka”


πŸ’ŽDan siapa orang-orang yang bertakwa? Allah SWT berfirman “Iaitu Mereka yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, melaksanakan solat dan membelanjakan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka “

“Merekalah yang mendapat petunjuk dari Tuhannya dan mereka itulah orang yang beruntung” (Al-Baqarah:3-4)


▪️Disini Allah sebutkan 'belanja' (memberi rezeki) tidak ramai orang yang boleh belanja walaupun dgn keluarga atau jiran-jiran.


πŸ’Ž Dari adab orang soleh :

1️⃣ Ketika kamu membeli makanan yg mahal yang hanya mampu dibeli untuk diri sendiri. Maka janganlah membawanya sehingga dilihat oleh yang lain (jiran) boleh jadi jiran-jiran kita melihat akan tetapi tidak mampu untuk membelinya dan menyebabkan mereka terasa. Maka sembunyilah ketika membawanya masuk kedalam rumah

2️⃣ Ketika memberi anak-anak makanan yg mewah maka ajari mereka supaya tidak makan dihadapan anak-anak yg kurang kemampuan yg kemungkinan mereka tidak mampu untuk membelinya.

3️⃣ Jika kamu masak dan masakan tersebut bau nya sampai kepada jiran-jiran sekelilingmu maka tambahlah air didalam masakanmu supaya ia bertambah dan dapat dikongsikan kepada mereka daripada jiran-jiranmu hanya mencium bau dan tidak dapat memakannya


πŸ“œAllah SWT berfirman “Dan infakkanlah sebahagian daripada apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang diantara kamu. Lalu dia berkata (menyesali) "Ya Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menangguhkan (kematian) ku sedikit waktu lagi”” [Al-Munafiqun:10]


▪️Selepas meninggalnya seseorang itu. Mereka  akan minta utk dipulangkan ke dunia. Kenapa? Kerana untuk bersedekah, infak, belanja hartanya utk keluarganya dan jiran2nya. “Wahai Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menangguhkan (kematian) ku sedikit waktu lagi” Sedikit sahaja masa utk berinfak kepada keluarganya dan jirannya.

Tetapi apa Allah swt menjawab “Dan Allah tidak akan tangguhkan (kematian) seseorang apabila waktu kematiannya datang”


πŸ“š kitab Minhajul Abidin


▪️Sesungguhnya hati seseorang itu menjadi hitam kerana dosa-dosanya. 


▪️Tanda-tanda hati yang hitam sentiasa melakukan dosa atas dosa (Buat dosa yang banyak dan selalu) sampaikan menjadi tabiat buat dirinya.


πŸ”Ί contohnya "takpalah kecil je dosa ni" "tak tutup aurat sikit je" 


▪️Jangan sesekali memandang rendah atas dosa walaupun dosa kecil kerana sikit-sikit ia akan membesar kerana selalu melakukannya maka besarlah dosa tersebut.


πŸ“– satu kisah ada seorang fulan, dia mengatakan: "Aku telah lakukan satu dosa dan aku menangis (menyesal) atas dosa tersebut selama 40 tahun"

Ditanyakan kepadanya: "Apa dosa yang kau lakukan sampai kau menangis selama 40 tahun wahai hamba Allah?"


Fulan tersebut menjawab “Aku beli ikan mentah kemudian aku tidak membersihkan ikan tersebut dengan sempurna dan aku beri kepada jiranku untuk makan ikan tersebut maka jiranku makan ikan yang tak dibersihkan sebaik2nya olehku.


🀲🏻 Hubabah berdoa “Semoga kita termasuk dalam golongan yang dapat kemenangan di malam-malam Ramadhan ini dan memperolehi keberkatannya dan menjadikan kita semua orang yang benar-benar didalam puasanya dan orang yang bersungguh-sungguh dalam ibadahnya”


πŸ“ Ilmu Kalam Tarem 

Comments

Popular posts from this blog

AGAR CANTIKMU SAMPAI KE SURGA

Pentingnya Menuntut Ilmu Bagi Muslimah Sebagai Madrasatul Ula

SPECIAL MILAD SAYYIDAH FATIMAH AZ-ZAHRA