DARS HUBABAH UMMU SALIM 5

 ๐Ÿ—ฃ Dars Hubabah Ummu Salim

๐Ÿ“† Malam 5 Ramadhan 1443H

๐Ÿ“ Kediaman Sayyidil Habib Umar Ben Hafidz

Tarim, Hadhramaut 




๐Ÿ“šKitab Nafahat Ramadhaniyyah daripada Habib Muhammad al-Haddar (m/s17)


๐Ÿ’ŽBab Ramadhan dan filem


▪️ Barangsiapa yg harinya itu lebih baik daripada  hari² sebelumnya (dari segi amalan dan pendekatan kepada Allah swt) maka dia adalah org yg diterima disisi Allah begitu pula sebaliknya


▪️Iman manusia sentiasa bertambah dan berkurang maka untuk menambahkan Iman adalah dengan amal² soleh dan ia akan berkurang dgn perbuatan maksiat


‎▪️ ุงู„ูƒูŠุณูŠู† (Orang-orang yg bijak) adalah mereka yg bersemangat dlm menunaikan ibadah. Jika pergi ke masjid,pergi di awal waktu. Masjid² di Tarim ini sentiasa dipenuhi dgn jemaah. Setiap jam mereka akan melaksanakan pelbagai jenis ibadah di Bulan Ramadhan


▪️ Menambahkan iman dan membersihkan hati adalah dengan memperbanyakkan solat dan melakukan ketaatan 


๐Ÿ“œ Rasulullah SAW bersabda

‎[ุงู„ุตู„ุงุฉ ุฎูŠุฑ ุงู„ู…ูˆุถูˆุน]

 "Solat adalah sebaik²nya perkara yg diletakkan (sebaik² ibadah utk diletakkan dalam timbangan amalan)"


▪️Solat sangat istimewa kerana Allah menciptakan malaikat yg diperintahkan untuk berdiri dalam solat dan ia pun berdiri sehingga kiamat, kemudian ada juga malaikat yg diciptakan  untuk bersujud, rukuk sahaja sehingga datang hari kiamat akan tetapi Allah swt memberi keistimewaan didalam solat dengan menggabungkan qiam, rukuk, sujud, duduk, tahiyat didalam satu rakaat. Kita laksanakan semua bentuk ibadah tersebut didalam satu solat.


▪️Tempat yg pling dekat seseorang hamba dgn Tuhannya adalah ketika bersujud. 


๐Ÿ“œAllah berfirman 

"dan sujudlah serta dekatkanlah (dirimu kepada Allah)" [Surah Al'Alaq:19]


๐Ÿ“– Pada suatu hari seorang sahabat apabila ditanya oleh Rasulullah "mohon lah sesuatu daripada Ku" maka sahabat tersebut menjawab "Aku memohon utk berdekatan(bersama) denganmu wahai Rasulullah" lalu Rasulullah pun berkata "bantulah aku atas permohonanmu itu dgn memperbanyakkan sujud" didalam riwayat yg lain menyebut "dgn memperbanyakkan taat & melawan hawa nafsu" 


๐Ÿ”บpermintaan ini adalah sesuatu yg sangat besar dan mahal maka hendaklah berusaha dgn selayaknya utk mencapai kedudukan seperti itu


▪️Banyak mengikuti hawa nafsu yg dibolehkan (melunaskan apa yg diingini) boleh menjerumuskan kita kepada perkara haram


๐Ÿ’Ž Sesiapa yg meninggalkan hawa nafsunya maka Allah akan meletakkan cahaya didalam hatinya


๐Ÿ’Ž Tidaklah seseorang itu meninggalkan nafsu syahwatnya kerana Allah kecuali Allah akan menggembirakan dia dengan nikmat iman


▪️ Setiap maksiat akan meninggalkan titik hitam didalam hati kemudian dgn banyaknya titik hitam akan mengeraskan hati . Sesungguhnya org yg paling jauh dari Allah adalah org yg keras hatinya walaupun dia berada di tempat yg dilimpahkan rahmat oleh Allah seperti di Madinah atau Mekah sekalipun dia tetap tidak mendapat rahmat kerana kerasnya hati


▪️ Hati boleh menjadi kerasa dan hitam dalam waktu yg singkat walau dalam tempoh waktu sehari semalam kerana sentiasa melakukan dosa 


▪️ Ramadhan adalah bulan Al-Quran bukan bulan menonton filem. Pihak penyiaran televisyen/radio dan sebagainya perlulah mengambil peluang ini utk menjadikan Bulan Ramadhan untuk menyiarkan perkara kebaikan yang boleh memberi semangat di dalam ibadah


▪️Apa yang didalam filem adalah kebohongan. Segala tangisan, ketawa, sedih atau bahagia mereka hanyalah kepura-puraan dan sifat bohong adalah ⅓ dari tanda nifaq(sifat munafiq)


๐Ÿ“œ Rasulullah SAW bersabda “Celakalah orang yang berbicara lalu berdusta untuk membuat orang lain tertawa. Celakalah dia, celakalah dia.”  


๐Ÿ”บperkataan celaka ini Rasulullah menyebut dgn kalimah ูˆูŠู„ dan Hubabah berkata ูˆูŠู„ merupakan sebuah lembah api di neraka


ูˆุงู„ู„ู‡ ุฃุนู„ู… ุจุงู„ุตูˆุงุจ


๐Ÿ“ Ilmu Kalam Tarem 

Comments

Popular posts from this blog

AGAR CANTIKMU SAMPAI KE SURGA

Pentingnya Menuntut Ilmu Bagi Muslimah Sebagai Madrasatul Ula

SPECIAL MILAD SAYYIDAH FATIMAH AZ-ZAHRA