DARS HUBABAH UMMU SALIM 6

 Kalam Tarim ๐Ÿ“š:

๐Ÿ—ฃ Dars Hubabah Ummu Salim

๐Ÿ“† Malam 6 Ramadhan 1443H

๐Ÿ“Kediaman Sayyidil Habib Umar Ben Hafidz 

Tarim, Hadhramaut


๐Ÿ“š Kitab Nafahat Ramadhaniyyah:


๐Ÿ“œ Allah SWT berfirman 

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu” [Ad-dzariyat 56]

“Aku tidak mengkehendaki rezeki sedikit pun daripada mereka dan Aku tidak mengkehendaki agar mereka memberi makan kepadaKu” [Ad-dzariyat 57] 

“Sesungguhnya Allah, Dialah yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh” [Ad-dzariyat 58]


๐Ÿ‘ณ๐Ÿป‍♂️ Syeikh Abu Bakar Bin Salim berkata “Tidak akan bercampur cinta dunia dan cinta kepada Allah swt dalam hati yang sama”


๐Ÿ‘ฅUlama' mengatakan “perumpamaan mu'min yang mencampurkan didalam hatinya cinta Allah dan cinta dunia adalah seperti meletakkan air dan api didalam bekas yang sama.”


๐Ÿ”บMustahil untuk menggabungkan air dan api dalam bekas yang sama. Begitu juga hal orang-orang mu'min. Mustahil utk menggabungkan dalam hatinya cinta Allah dan cinta dunia


๐Ÿ”บ mereka mengatakan satu jam utk tuhanku dan satu jam utk keinginan nafsu ku. Tidak akan ada satu jam utk Allah, satu jam utk keinginan nafsu! Jika kita disuruh untuk membuat satu rakaat didalam solat tanpa memikirkan apa-apa adakah kita mampu? Jikalau dunia telah memasuki hatimu maka tidak akan mampu memasukkan Allah didalamnya


▪️Seseorang hamba itu (keadannya) sama ada manjadi 'aabid (yang beribadah kepada tuhannya), waro’ (sikap berhati-hati terhadap satu perkara syubhah) khosyi' (khusyuk dan hadirkan diri kepada Allah swt) ATAU menjadi ghofil (orang yang lalai) jaahil (orang yg bodoh) dan lupakan diri 


๐Ÿคฒ๐Ÿป Hubabah berdoa kami minta kepada Allah utk jauhkan kami dari sifat-sifat buruk ini


๐Ÿ“œ Allah SWT berfirman “Dan sembahlah TuhanMu sampai datang kepadamu perkara yang diyakini (ajal)” [Surah Al-Hijr 99]


▪️ Bukanlah bermaksud hari ini kita beribadah (kepada Allah dengan solat, baca quran dan zikir kemudian keesokkannya ambil peluang utk tidur atau istirahat. Tidak! Tidak ada erti rehat. Allah telah berfirman “Sembahlah TuhanMu sampai datang kepadamu perkara yang diyakini (kematian)”


▪️ Ibadah itu bermacam-macam. 'Ibadah' tu bukan hanya solat, membaca Al-Quran, Zikir sahaja akan tetapi 'Ibadah' tu mempunyai berbagai bentuk antaranya

๐Ÿ’Ž Bertafakkur (berfikir) bertafakkur selama satu jam lebih baik dari ibadah setahun dan diriwayat yg lain 60 Tahun ibadah

๐Ÿ’ŽMelihat wajah ibu bapa dengan niat takzim adalah ibadah

๐Ÿ’ŽMelihat wajah orang-orang soleh, awliya adalah ibadah

๐Ÿ’ŽMemandang dengan pandangan yg membesarkan kekuasaan Allah swt

๐Ÿ’ŽMelihat kaabah 

๐Ÿ’ŽZiarah orang sakit

๐Ÿ’ŽHadir majlis ilmu dan berdoa

๐Ÿ’Ž menyuruh kepada kebaikan dan melarang kepada keburukan


▪️Apabila kita ingin memulakan satu perkara maka niatkanlah dengan niat yg soleh dan ia juga merupakan satu ibadah


๐Ÿ”บ contohnya “kita membasuh tangan sebelum makan” kita niatkan untuk mengikut sunnah Nabi saw maka kita akan mendapat pahala ibadah iaitu sunnah


๐Ÿšซ Di zaman sekarang banyak jenis-jenis lagu. Antaranya Qasidah yg mengingatkan kita kepada Allah swt maka itu merupakan ibadah dan ada pula lagu yg membawa kepada zina dan kelalaian maka itu adalah maksiat


▪️Maka apa yg menghalang kita daripada ibadah sedangkan Allah telah menciptakan pelbagai jenis ibadah


๐Ÿ“œ Rasulullah SAW bersabda

 “Berfikir sejam lebih baik dari ibadah setahun” 


❔Berfikir tentang apa? 

 ๐Ÿ’Ž Berfikir tentang agungnya ciptaan Allah swt, muhasabah diri, fikir tentang kurniaanNya


▪️ Ibadah Solat antara Ibadah yang paling agung sekali.


▪️ hidupkanlah juga sunnah-sunnah Nabi saw


๐Ÿ“œ Rasulullah SAW bersabda “Barangsiapa yang menghidupkan sunnah-sunnahku ketika dizaman kerosakan umatku, baginya pahala seperti 100 orang yg mati syahid”


▪️ Maka apa-apa sahaja yg terjadi di dalam kehidupan kita, berbaliklah pada sunnah Nabi saw


๐Ÿ“œ Allah SWT berfirman “Sesungguhnya, telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yg mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari Kiamat dan banyak mengingati Allah [ Surah Al-Ahzab 21]


๐Ÿ’Ž Antara sunnah-sunnah Rasulullah saw yang baginda kerjakan pada bulan Ramadhan adalah 1️⃣ I'tikaf pada 10 malam terakhir

2️⃣ Hidupkan malam di bulan Ramadan

3️⃣ Membaca Al-Quran

4️⃣ Bersahur

5️⃣ membaca Al-Quran dengan yang lain seperti mana Malaikat Jibril datang kepada Nabi Muhammad saw dan mendengar bacaan baginda saw

Dan banyak lagi sunnah lain.


▪️ Hubabah mengajak kita berlumba-lumba di masa keemasan ini. Kata pengarang kitab “peluang ini akan berlalu seperti awan yang pergi. Kita tidak mampu untuk memberhentikannya, melambatkannya atau mengulanginya”


๐Ÿ‘ณ๐Ÿป‍♂️ Syeikh Abu Bakar bin Salim mengatakan didalam kitabnya Miftahu Saraa'ir “Jangan tunggu sehingga hari esok, kemungkinan hari esok datang dan engkau di dalam kubur”


▪️Sesungguhnya kubur itu boleh menjadi taman dari taman-taman syurga dan boleh juga menjadi lubang dari api neraka


๐Ÿ“š Kitab Minhajul Aabidin (karangan Imam Al-Ghazali)


▪️Siapa yang zuhud di dunia ini maka Allah SWT telah mencintainya


๐Ÿ“œ Rasulullah SAW bersabda “Cinta dunia adalah akar bagi semua kesalahan (dosa)”


๐Ÿ”บMaka Begitu juga kalau kita membenci dunia. Benci dunia adalah akar bagi semua fadhilat (pahala)


๐Ÿ’Ž Akhirat adalah ibunya dunia barangsiapa yg mengahwini anak (dunia) maka diharamkan atasnya Ibunya (akhirat)


๐Ÿ“Ilmu Kalam Tarem

Comments

Popular posts from this blog

AGAR CANTIKMU SAMPAI KE SURGA

Pentingnya Menuntut Ilmu Bagi Muslimah Sebagai Madrasatul Ula

SPECIAL MILAD SAYYIDAH FATIMAH AZ-ZAHRA