DARS HUBABAH UMMU SALIM 8

 ๐Ÿ—ฃ Dars Hubabah Ummu Salim

๐Ÿ“† Malam 8 Ramadhan 1443H

๐Ÿ“Kediaman Sayyidil Habib Umar Ben Hafidz


๐Ÿ“š Kitab Nafahat Ramadhaniyyah

๐Ÿ’Ž Tajuk : Masjid-masjid


▪️ Masjid-Masjid adalah rumah Allah swt


๐Ÿ“œ Hadis Rasulullah saw bersabda “Tempat yang paling dicintai Allah adalah masjid-masjid dan tempat yang paling dibenciNya adalah pasaraya”


▪️Allah SWT membenci pasaraya, mall kerana terdapat didalamnya maksiat mata, kelalaian  dan pelbagai banyak lagi maksiat yg dilakukan didalamnya


▪️Allah swt mencintai masjid-masjid kerana terdapat didalamnya perkara2 yang mengingatiNya seperti ibadah dan zikir


▪️ Masjid adalah rumah-rumah Allah swt akan tetapi bagi wanita Allah memerintahkan untuk menutupi diri maka solat di rumah adalah lebih baik untuknya


๐Ÿšซ Hubabah mengingatkan tentang 

ketawa di dalam masjid adalah kegelapan didalam kubur dan berbicara yg lagha atau lalai didalamnya adalah laknat Allah padanya


๐Ÿ’Ž Adab-adab memasuki masjid

1️⃣ Doa masuk masjid

2️⃣ Niat I’tikaf

3️⃣ Menjauhi dari berbicara perkara-perkara yg tidak mendatangkan faedah 

4️⃣ Menjauhi ketawa di dalam masjid


▪️Siapa yang membina masjid walaupun sekecil reban ayam (rumah ayam) maka Allah akan membinakan baginya rumah 

 di Jannah


▪️Lelaki disarankan utk solat berjemaah di masjid dan dikatakan perintah solat jemaah itu tidak diwajibkan hanya kerana belas kasihan dan rahmat Nabi Muhammad saw kepada ummatnya 


▪️Bagi kaum wanita solat dirumah adalah lebih baik untuknya kerana wanita ada banyak yg perlu dijaga dan dilihat antaranya suaranya aurat, bajunya aurat, sosok badannya adalah aurat dan lain-lain


▪️ Solat seorang wanita di rumah lebih baik dari solatnya di haram (masjidil haram) dan solat wanita di makhda’ (rumah bawah tanah kerana tidak didengari suaranya) lebih baik dari solat di rumah


▪️Perumpamaan hal orang mu'min apabila masuk masjid adalah seperti burung-burung yang masuk kedalam kebun bergembira sambil menikmati buahan didalamnya.


▪️Manakala perumpamaan orang munafiq apabila masuk kedalam masjid seperti burung yang terperangkap didalam sangkar berusaha sedaya-upayanya utk melarikan diri keluar dari sangkar


▪️Ada seseorang (bagi kaum lelaki) rumahnya jauh dari masjid tapi masyaAllah beliau berusaha utk datang dan hadir solat berjemaah di masjid tersebut dan orang ini akan diberi kepadanya ganjaran yang besar


๐Ÿšซ Ada yg masjidnya sebelah rumah tetapi tidak datang ke rumah Allah swt. Tidak berusaha untuk hadir solat berjemaah di masjid hanya mahu solat dirumah. Ketahuilah solatnya tidak sempurna!


๐Ÿ“œ Rasulullah SAW bersabda “Sampaikan berita gembira buat mereka yang berjalan dalam kegelapan untuk ke masjid bahawa Allah akan mengurniakan cahaya yang sempurna buat mereka di akhirat kelak”


▪️ Zaman dahulu tidak ada lampu jalan atau apa sahaja cahaya seperti telefon. Maka orang-orang dahulu kalau berjalan kaki ke masjid utk solat subuh dalam keadaan gelap gelita


▪️Ketahuilah bahawa bulan Ramadhan adalah bulan Masjid iaitu dengan memperbanyakkan beriktikaf di bulan ini (khususnya lelaki)


๐Ÿ’Ž Niat I’tikaf

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ูˆุตู„ุงุฉ ุนู„ู‰ ุฑุณูˆู„ ู„ู„ู‡ ู†ูˆูŠุช ุงุนุชูƒุงู ู…ุงุฏู…ุช ููŠ ู‡ุฐุง ุงู„ู…ุณุฌุฏ


“Dengan nama Allah dan selawat keatas Rasulullah, Sahaja aku berniat I’tikaf selama mana aku berada di dalam Masjid ini”


๐Ÿ“š Kitab Minhajul Abidin (Karangan Imam Al-Ghazali)


Tajuk : Zuhud


๐Ÿ“– Hubabah menceritakan tentang kezuhudan Nabi Muhammad saw


Pada suatu hari Rasulullah diberikan sejumlah wang berbentuk dinar,maka Rasulullah telah menyuruh Sayyidah Aisyah untuk menyedekahkan harta tsrsebut,kemudian Rasulullah telah jatuh sakit maka Sayyidah Aisyah sibuk menguruskan Rasulullah sehingga terlupa akan harta tersebut sehingga Rasulullah bertanya tentang harta tersebut maka Sayyidah Aisyah menjawab: Ya Rasulullah sakitmu telah membuatku lupa tentang dinar yang engkau perintahkan untuk disedekahkan" 


Maka Rasulullah bersabda mafhumnya kepada Sayyidah Aisyah "Wahai Aisyah,bahagikanlah dinar2 tersebut kerana aku malu untuk bertemu Allah dalam keadaan dunia berada didalam rumahku"


๐Ÿ“ Ilmu Kalam Tarem


Comments

Popular posts from this blog

AGAR CANTIKMU SAMPAI KE SURGA

Pentingnya Menuntut Ilmu Bagi Muslimah Sebagai Madrasatul Ula

SPECIAL MILAD SAYYIDAH FATIMAH AZ-ZAHRA