DARS HUBABAH UMMU SALIM 9

 🗣 Dars Hubabah Ummu Salim

📆 Malam 9 Ramadhan 1443H

📍Kediaman Sayyidil Habib Umar Ben Hafidz 

Tarim, Hadhramaut 



▪️ Lelaki yg hatinya terikat dengan Masjid akan berada dibawah naungan Allah di hari kiamat nanti

▪️Lelaki yg sudah terikat hatinya dengan masjid adalah tanda-tanda lelaki yang beriman dan bagi wanita solat di rumah lebih baik dari di masjid


💎 7 golongan yang akan memperoleh naungan Allah di hari kiamat nanti

1️⃣ Imam yang Adil

🔺Maksud imam disini bukan hanya imam di masjid akan tetapi ia boleh membawa maksud menteri, hakim, ketua dan semua yg disandarkan kepada pemimpin.

🔺Hubabah menyatakan ada juga 'imam' di rumah iaitu seorang suami/ayah adalah imam di rumahnya

❔contoh Imam yg adil adalah seperti seorang lelaki yang menjaga mahramnya (isteri, ibu, kakak atau adik) dari ajnabi (yg bukan halal untuknya) 

[membenarkan adik beradik lelaki (si suami) untuk duduk di rumah bersama dengan isterinya.] Ini adalah contoh lelaki yg tidak termasuk imam yg adil

🔺 Antara maksud 'Imam yang adil' adalah tidak menzalimi sesiapa pun

📜 Rasulullah SAW bersabda "bantulah saudara kamu yang menzalimi atau yang dizalimi"

Sahabat pun bertanya, "Wahai Rasulullah bagaimana hendak menolong Orang Yang Zalim?"

Rasulullah saw jawab dalam maksudnya "Halang mereka dari membuat kezaliman"

🔺'Halang' iaitu dengan cara menasihatinya, memberi teguran atau beri kesedaran tentang perbuatannya yang zalim.

🔺Juga termasuk maksudnya “Adil” adalah berlaku adil dengan anggota badan kita

📜 Rasulullah SAW bersabda "Kalian adalah pemimpin dan kalian akan diminta dipertanggungjawabkan atas kepimpinan kalian"

Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah dalam mafhumnya "Wahai Rasulullah aku tidak ada apa-apa untuk dipertanggungjawabkan aku tidak ada isteri, anak, hamba atau apa-apa. Maka adakah keatasku kepimpinan?"

Rasulullah saw jawab "Ketahuilah kamu adalah pemimpin atas anggota badanmu. Maka jagalah matamu, telinga, kaki, tangan, lisan, badan dan hati kamu dari perkara-perkara haram" 

⚠️ Jagalah matamu dari melihat yang haram!

⚠️ Jagalah tanganmu dari memukul atau mencederakan orang lain

⚠️ Jagalah kakimu dari pergi ke tempat2 haram

⚠️ Jagalah telingamu dari mendengar perkara haram (mengumpat, mengadu domba dan lain-lain)

⚠️ Jagalah lisanmu dari berkata haram (bohong, mengumpat, mencarut, melukakam hati orang lain dan sebagainya)

⚠️ Jagalah hatimu dari benda2 yang haram

▪️ Ketahuilah, kalian semua adalah pemimpin dan akan dipersoalkan atas kepimpinan kalian nanti


2️⃣ Pemuda yang giat beribadah kepada Allah


3️⃣ Dua orang yang saling mencintai kerana Allah bertemu dan berpisah kerana Allah

🔺Juga disebut mereka yg berkumpul kerana cinta kepada Allah swt


📜 Rasulullah SAW bersabda "Hiduplah dengan sesuka hatimu kerana kamu akan mati dan cintailah sesiapa yg kau kehendaki kerana kamu akan berpisah (dengannya) dan buatlah amalan sesuka hatimu kerana kamu akan diberi balasannya nanti" 


4️⃣ Lelaki yang (berzikir) mengingati Allah di tempat sunyi kemudian mengalir kedua air matanya

▪️ Mengingati Allah dengan hati yang bersih tidak ada hasad atau kebencian

🔺Termasuk “lelaki” disini juga adalah wanita


5️⃣ Seseorang yang memberi sedekah secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang disedekahkan tangan kanannya.

🔺 Hubabah menyebutkan sesungguhnya sedekah sembunyi ini adalah satu amalan yang sangat susah untuk dilakukan kerana sedekah sahaja merupakan perkara yang sukar bagi insan apatah lagi sedekah secara sembunyi (kecuali orang-orang yang dirahmati Allah atau orang yang berusaha keras dalam melawani hawa nafsunya) 

📜 Rasulullah saw bersabda: "Sedekah yang sirr (secara tersembunyi) dapat memadamkan kemurkaan Tuhan"

6️⃣ Seorang lelaki yg diajak (untuk melakukan maksiat) oleh seorang perempuan yang cantik lalu ia berkata "Sesungguhnya aku takut kepada Allah”

7️⃣ Lelaki yang hatinya terikat kepada masjid

▪️ Inilah tujuh golongan yang akan memperoleh naungan Allah dihari mana yang tiada naungan kecuali naunganNya.


والله أعلم بالصواب

Ilmu Kalam Tarem 


Comments

Popular posts from this blog

AGAR CANTIKMU SAMPAI KE SURGA

Pentingnya Menuntut Ilmu Bagi Muslimah Sebagai Madrasatul Ula

SPECIAL MILAD SAYYIDAH FATIMAH AZ-ZAHRA