AQIDAH - USTADZAH MUNA ALMUNAWAR

 πŸŒ Tauhid (Aqidah)

🌍 Ustazah Muna Almunawwar

🌍 10/8/2022






🌱 Sabda Nabi "Sungguh sesungguhnya umatku tidak akan berkumpul dalam perkumpulan yang besar yang sesat" 

🌱 Berpegang teguh lah dengan golongan yang banyak . Golongan yang banyak adalah golongan Ahlul sunnah waljamaah (jadi ikut golongan ini)

🌱 Jadilah orang yang selalu mendengar, kalau kita tak jadi orang yang mahu mendengar, maka benda yang betul takkan sampai kepada kita

🌱 Seharusnya kita yang bijaksana, kita mencari tahu dahulu khabar yang diterima, contoh maulid itu sesat.. mereka hanya termakan dengna judul dan isu tanpa ada usaha untuk mencari tahu ilmu atau isinya

🌱 Rasulullah bersabda "Sebaik2 zaman adalah zamanku , sebaik² kalian adalah zaman kalian bersamaku" 

🌱 Aswaja adalah orang yang aqidahnya merujuk Al Imam Abu hassan Alasya'ari dan Al Imam Abu Mansur Al Mathuridhi 

🌱 Kerana banyak musuh Allah swt yang berusaha pesongkan aqidah maka Imam ini yang meluruskan kembali jalan yang terpesong. Mereka yang memperjuangkan ajaran Nabi saw. Kerana sepeninggalan Nabi saw banyak orang yang menyimpang

🌱 Dari segi syariat golongan Aswaja mereka mengikuti salah 1 daripada 4 Imam Mashab Fiqh,  mengikuti dasar tontonan dari Alquran/hadis , sunnah, ijmak ulamak, dan Qias (para ulamak mengambil hukum dari sesuatu pada zaman nabi saw) 

🌱 Zaman skrg mudah mereka memberi hukum tanpa dasar yang jelas. Ini adalah kesasatan 

🌱 Dari segi Tariqah Aswaja mengikuti jalan yang mereka adalah para salaf yang berpegang teguh pada perintah Allah dan tuntunan dari Nabi saw. Ini meliputi 6 hal : 

1. Ilmu

2. Amal

3. Rasa takut

4. Berhati²

5. Ikhlas 

6. Sentiasa membersihkan hatinya dari kotoran

🌱 Makna dari kalimat Alquran - kitab panduan dari Allah swt yang diberikan kepada hambaNya 

🌱 Sunnah itu segala yang berkaitan dengan Nabi Muhammad

🌱 Salaf itu orang soleh yang terdahulu, yang menjambatani kita untuk diteladani. dengan mengikut Alquran dan sunnah dengan pemahaman yang benar 

🌱 Kalau kita fikir secara logik kembali kepada Alquran dan sunnah, bukan setakat baca Alquran dan terjemah nya sahaja, kira² banyak betul atau salah? 

🌱 Bagaimana cara bagi memahami Alquran dan sunnah? maka kita kene berguru . Jadi urusan agama ni tak xboleh baca terjemahan sahaja. kita perlukan guru yang ahlinya. 

🌱 Orang yang belajar sendiri itu syaitan akan datang bisikan sesat sehingga itu ajaran yang kita ambil Waiyyazubillah

🌱 Kita kene cari pemahaman yang benar, guru yang mengikuti tabiun tabiin, guru yang bersanadkan Nabi Muhammad saw 

🌱 Maka nya untuk memiliki aqidah yang benar adalah dengan bertanya lah kepada ahlul zikir, jika tak faham, kita bertanya dengan ahlinya 

🌱 Barangsiapa yang mengkafirkan orang, maka dia yang kafir seperti golongan khuwarij , ada yang menyangka sesuatu golongan sesat dan bunuh selama mereka yang mengucap syahadah (tak boleh semudahnya mengkafirkan orang) kecuali mereka benar² murtad 

🌱 Orang seperti kaum khuwarij berfikir sehingga mereka menghalalkan darah muslim untuk dibunuh kerana tidak sefahaman dengan ajaran mereka.

🌱 Kalau ikut jalan Nabi saw, kalau kita lihat orang buat maksiat, bukan bunuh dalam dosa... kita bimbing mereka ke jalan Allah swt 

🌱 Mereka ini suka sebuk perangi orang islam, tapi tidak sibuk dengan orang yang benar² kafir

🌱 Hati² dengan fitnah besar, sebab itu kita harus berilmu kerana jika kita tak berilmu kita mudah tersesat

🌱 Kenapa harus bermazhab? Sesungguhnya ilmu itu lihat dimana kamu bermazhab . Ilmu itu sebahagian dari agama, kerana kalau kita salah belajar maka kita akan sesat.

🌱 Kita bermazhab kerana kita tak tahu kebenaran semua Ilmu Alquran dan hadis, maka kita perlu belajar / berguru yang menyelamatkan kita dari menyimpang kerana kita tak hidup di zaman Nabi saw, maka kita perlu rujukan yang benar (guru yang ahli) 

🌱 Contoh : Rasulullullah saw bersabda " bersolatlah kalian seperti melihat aku solat?" maka bagaimana kita mengatakan kita nk solat cara Nabi saw? sebab kita tak hidup di zaman nabi, makanya kita perlu belajar ikutan yang terus bersanadkan Nabi saw.. Maka itu sebabnya kita kita perlukan rujukan kepada Imam Mazhab 

🌱Manhaj adalah tuntunan Nabi saw segala yang bersumber dari Nabi Muhammad, sifat terbahgi 2, 

1. satu dalil satu contoh

πŸ‘‰ Menunjukkan hal tersebut mudah dilakukan contoh masuk masjid pakai kaki kanan keluar kaki kiri. Nabi tidak mencontohkan contoh yang lain

2. banyak dalil banyak contoh

πŸ‘‰ Tujuan nya sebagai kemudahan utk umatnya kerana tidak semua boleh lakukan hal yang sama, contoh baca bismillah saat membaca Alfatihah itu tidak mengeraskan suaranya

- Imam syafiee mengambil wajib membaca bismillah 

- Imam malik tak baca bismillah (sunnah membaca bismillah) 

- Tidak boleh mencampurkan mazhab kerana itu adalah seolah² mempermainkan agama

🌱Mazhab adalah pilihan atau jalur yang menyampaikan kepada tuntunan Nabi saw

πŸ‘‰ Tapi itu tak boleh semahunya kita memilih mazhab sesuka hati, itu diatur . Contoh di Indonesia majoriti mengikut mazhab Imam Syafiee. Di India Mazhab Hambali. Di Mesir mazhab Maliki

πŸ‘‰ Kita boleh ikut mazhab lain hanya dalam keadaan darurat sahaja 

πŸ‘‰ Dan menjadi rujukan adalah para ulamak mujtahid (yang sudah ijtihad). 


MT. BALE-BALE 

ALFAQIRAH πŸ₯€

Comments

Popular posts from this blog

USTADZAH FADHILLAH ULFA

KH ABU HASAN SYADZILI ASKANDAR DAN POHON MANGGA

Ning balqis iskandar – Nawaning Nusantara