Posts

Showing posts from April, 2022

DARS HUBABAH UMMU SALIM 1

Image
 ๐Ÿ—ฃ Hubabah Ummu Salim ๐Ÿ“† Malam 1 Ramadhan 1443h ▪️Barangsiapa yang berpuasa dan bangun malam dengan Iman dan ihtisaban (mengharapkan pembalasan dari Allah) Nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya ▪️ Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: Telah dikurniakan kepada umatku 5 perkara yg tidak dikurniakan kepada umat2 yg sebelumnya: 1️⃣ Bau mulut orang yg berpuasa lebih wangi dari wangian kasturi 2️⃣ Pada malam pertama Ramadhan, Allah memandang setiap hamba2nya.. yang mana apabila hamba tersebut dapat padanganNya.. Tidak akan diazab selamanya 3️⃣ Malaikat2 beristighfar keatas orang yg berpuasa setiap siang dan malam 4️⃣ Dan pada akhir malam bulan Ramadhan, Allah megampunkan semua umat Muhammad SAW Maksud 'akhir malam bulan ramadhan' adalah malam lailatul qadr ▪️Ramadhan ke Ramadhan yang seterusnya diampunkan dosanya oleh Allah diantara 2 ramadhan tersebut ๐Ÿ“– Dikisahkan ketika Nabi SAW ingin berkhutbah, datang padanya malaikat jibril. Kemudian Malaikat jibril berdoa dan meminta Ras

DARS HUBABAH UMMU SALIM 3

Image
 ๐Ÿ—ฃ Dars Hubabah Ummu Salim ๐Ÿ“† Malam 3 Ramadhan 1443H ๐Ÿ“ Kediaman Sayyidil Habib Umar Tarim, Hadhramaut USTADZAH AMIROH AL-HADDAD  ▪️Hubabah mengingatkan kita bahawa telah masuk malam ke-3 dari malam Rahmat. Maka janganlah kita sia-siakan lagi ๐Ÿ‘ณ๐Ÿป‍♂️ Syeikh Abu Bakar bin Salim berkata "Barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah dengan sebenar2nya tawakkal, nescaya akan direzekikan kepadanya seperti rezeki seekor burung"  ๐Ÿ“œ Allah berfirman “Dan tidak ada satu binatang yang melata di muka bumi ini melainkan Allah lah yang memberi rezeki kepadanya” [Hud:6] ▪️Dan keadaan orang² mu'min itu ketika masuk bulan Ramadhan, akan bertambah rezekinya.  ▪️Rasulullah SAW bersabda "Barangsiapa yang memberi makan orang yg berbuka puasa, maka baginya ganjaran sepertinya." (Seperti orang yang berpuasa tadi.)  ๐Ÿ”บWalaupun kita hanya memberi orang yg berpuasa dengan segelas air itu pun sudah termasuk dalam maksud hadis tersebut.  ▪️Barangsiapa yang memberi makan orang yang berbuka p

DARS HUBABAH UMMU SALIM 2

Image
 ๐Ÿ—ฃ Dars Hubabah Ummu Salim ๐Ÿ“† Malam 2 Ramadhan 1443H ๐Ÿ“Kediaman Sayyidil Habib Umar. Tarim, Hadhramaut AL HABIB ABDULLAH BIN MUHAMMAD BAHARUN ▪️Dinamakan Ramadhan kerana ia membakar dosa-dosa di bulan tersebut ▪️10 awal Ramadhan adalah rahmah, 10 pertengahannya adalah maghfirah (pengampunan) dan 10 akhirnya adalah pembebasan dari neraka ▪️Pintu-pintu neraka ditutup sepanjang bulan Ramadan sehingga jika orang-orang kafir kalau meninggal Bulan Ramadhan, tidak akan masuk dalam neraka sehinggalah datang hari Aidilfitri kemudian baru dimasukkan dalam neraka ▪️Begitu juga syaitan akan diikat sehingga habisnya Ramadan dan lihatlah kesannya di malam pertama Aidilfitri ketika syaitan dilepaskan lelaki dan perempuan bercampur di pasar dan ditempat lain. ๐Ÿ“œ Hadis Qudsi yang bermaksud “Semua amalan anak-anak adam untuknya (ditetapkan ganjaran pahala) kecuali puasa sesungguhnya keatasKu dan aku yang memberi balasan/pahalanya” ▪️Jadi kita tak tahu berapa banyak ganjaran kita dapat dari ibadah puasa

DARS HUBABAH UMMU SALIM 4

Image
 Kalam Tarim ๐Ÿ“š: ๐Ÿ—ฃ Dars Hubabah Ummu Salim ๐Ÿ“† Malam 4 Ramadhan 1443H ๐Ÿ“Kediaman Sayyidil Habib Umar Ben Hafidz Tarim, Hadhramaut ๐Ÿ“œ Dalam Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud “Jika datang pada kalian tetamu maka muliakanlah nya" Ketahuilah bahawa bulan Ramadhan adalah tetamu kita yang mulia dan merupakan ketua segala bulan. ▪️Macam mana dan dengan apa kita nak muliakan tetamu kita, bulan Ramadhan? Dengan puasa, bagun malam, i'tikaf, dan ibadah2 yang lainnya. ▪️setiap keburukkan yg kita lakukan didalam bulan Ramadan akan digandakan menjadi 1000 maka begitu juga kebaikan juga diganda 1000 ▪️Ketahuilah bahawa satu jam di bulan Ramadhan yg dipenuhi bacaan al-quran, zikir dan ibadah lebih agung dari setahun. ▪️Hamba-hamba yang datang dipintu Allah swt tidak akan balik dengan tangan yg kosong. Setiap kebaikan akan diberi kebaikan olehNya ▪️ Kalau jasad kita tidak makan dan minum untuk beberapa hari maka jasad kita akan mati maka begitu juga dgn ruh kita. Ruh kita memerlukan makanan

DARS HUBABAH UMMU SALIM 5

Image
 ๐Ÿ—ฃ Dars Hubabah Ummu Salim ๐Ÿ“† Malam 5 Ramadhan 1443H ๐Ÿ“ Kediaman Sayyidil Habib Umar Ben Hafidz Tarim, Hadhramaut  ๐Ÿ“šKitab Nafahat Ramadhaniyyah daripada Habib Muhammad al-Haddar (m/s17) ๐Ÿ’ŽBab Ramadhan dan filem ▪️ Barangsiapa yg harinya itu lebih baik daripada  hari² sebelumnya (dari segi amalan dan pendekatan kepada Allah swt) maka dia adalah org yg diterima disisi Allah begitu pula sebaliknya ▪️Iman manusia sentiasa bertambah dan berkurang maka untuk menambahkan Iman adalah dengan amal² soleh dan ia akan berkurang dgn perbuatan maksiat ‎▪️ ุงู„ูƒูŠุณูŠู† (Orang-orang yg bijak) adalah mereka yg bersemangat dlm menunaikan ibadah. Jika pergi ke masjid,pergi di awal waktu. Masjid² di Tarim ini sentiasa dipenuhi dgn jemaah. Setiap jam mereka akan melaksanakan pelbagai jenis ibadah di Bulan Ramadhan ▪️ Menambahkan iman dan membersihkan hati adalah dengan memperbanyakkan solat dan melakukan ketaatan  ๐Ÿ“œ Rasulullah SAW bersabda ‎[ุงู„ุตู„ุงุฉ ุฎูŠุฑ ุงู„ู…ูˆุถูˆุน]  "Solat adalah sebaik²nya perkara yg dilet

DARS HUBABAH UMMU SALIM 6

 Kalam Tarim ๐Ÿ“š: ๐Ÿ—ฃ Dars Hubabah Ummu Salim ๐Ÿ“† Malam 6 Ramadhan 1443H ๐Ÿ“Kediaman Sayyidil Habib Umar Ben Hafidz  Tarim, Hadhramaut ๐Ÿ“š Kitab Nafahat Ramadhaniyyah: ๐Ÿ“œ Allah SWT berfirman  “Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu” [Ad-dzariyat 56] “Aku tidak mengkehendaki rezeki sedikit pun daripada mereka dan Aku tidak mengkehendaki agar mereka memberi makan kepadaKu” [Ad-dzariyat 57]  “Sesungguhnya Allah, Dialah yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh” [Ad-dzariyat 58] ๐Ÿ‘ณ๐Ÿป‍♂️ Syeikh Abu Bakar Bin Salim berkata “Tidak akan bercampur cinta dunia dan cinta kepada Allah swt dalam hati yang sama” ๐Ÿ‘ฅUlama' mengatakan “perumpamaan mu'min yang mencampurkan didalam hatinya cinta Allah dan cinta dunia adalah seperti meletakkan air dan api didalam bekas yang sama.” ๐Ÿ”บMustahil untuk menggabungkan air dan api dalam bekas yang sama. Begitu juga hal orang-orang mu'min. Mustahil utk menggabungkan dalam hatinya cinta Allah dan cinta dunia ๐Ÿ”บ mereka

DARS HUBABAH UMMU SALIM 7

 ๐Ÿ—ฃ Dars Hubabah Ummu Salim ๐Ÿ“† Malam 7 Ramadan 1443H ๐Ÿ“ Kediaman Sayyidil Habib Umar Ben Hafidz Tarim, Hadhramaut  ▪️Terdapat tiga maksiat telinga yang mana balasan bagi pelakunya akan dicurahkan sejenis besi yang dicairkan kedalam telinganya sepanjang hari kiamat 1️⃣ Tidak menjawab seruan azan untuk pergi bersolat 2️⃣ Mendengar lagu-lagu yang melalaikan dan menyukainya 3️⃣ Mencuri dengar perbualan orang2 dalam keadaan mereka tidak menyukainya melakukan perkara tersebut ๐Ÿ“– Kemudian Hubabah menceritakan tentang orang yang mengadu domba dikisahkan dizamam Bani Israel pada satu hari telah terjadi kemarau maka Nabi Musa ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุณู„ุงู… dan kaumnya keluar berdoa dan menunaikan solat meminta hujan namun Allah tidak menurunkan hujan, makan Nabi Musa bertanya kepada Allah maka Allah telah memberitahu terdapat seorang pengadu domba yang mana oleh kerananya hujan tidak diturunkan Maka Nabi Musa ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุณู„ุงู… bertanya siapakah orang tersebut agar nanti jika mereka keluar lagi untuk meminta hujan maka m

DARS HUBABAH UMMU SALIM 8

 ๐Ÿ—ฃ Dars Hubabah Ummu Salim ๐Ÿ“† Malam 8 Ramadhan 1443H ๐Ÿ“Kediaman Sayyidil Habib Umar Ben Hafidz ๐Ÿ“š Kitab Nafahat Ramadhaniyyah ๐Ÿ’Ž Tajuk : Masjid-masjid ▪️ Masjid-Masjid adalah rumah Allah swt ๐Ÿ“œ Hadis Rasulullah saw bersabda “Tempat yang paling dicintai Allah adalah masjid-masjid dan tempat yang paling dibenciNya adalah pasaraya” ▪️Allah SWT membenci pasaraya, mall kerana terdapat didalamnya maksiat mata, kelalaian  dan pelbagai banyak lagi maksiat yg dilakukan didalamnya ▪️Allah swt mencintai masjid-masjid kerana terdapat didalamnya perkara2 yang mengingatiNya seperti ibadah dan zikir ▪️ Masjid adalah rumah-rumah Allah swt akan tetapi bagi wanita Allah memerintahkan untuk menutupi diri maka solat di rumah adalah lebih baik untuknya ๐Ÿšซ Hubabah mengingatkan tentang  ketawa di dalam masjid adalah kegelapan didalam kubur dan berbicara yg lagha atau lalai didalamnya adalah laknat Allah padanya ๐Ÿ’Ž Adab-adab memasuki masjid 1️⃣ Doa masuk masjid 2️⃣ Niat I’tikaf 3️⃣ Menjauhi dari berbicara pe

DARS HUBABAH UMMU SALIM 9

Image
 ๐Ÿ—ฃ Dars Hubabah Ummu Salim ๐Ÿ“† Malam 9 Ramadhan 1443H ๐Ÿ“Kediaman Sayyidil Habib Umar Ben Hafidz  Tarim, Hadhramaut  ▪️ Lelaki yg hatinya terikat dengan Masjid akan berada dibawah naungan Allah di hari kiamat nanti ▪️Lelaki yg sudah terikat hatinya dengan masjid adalah tanda-tanda lelaki yang beriman dan bagi wanita solat di rumah lebih baik dari di masjid ๐Ÿ’Ž 7 golongan yang akan memperoleh naungan Allah di hari kiamat nanti 1️⃣ Imam yang Adil ๐Ÿ”บMaksud imam disini bukan hanya imam di masjid akan tetapi ia boleh membawa maksud menteri, hakim, ketua dan semua yg disandarkan kepada pemimpin. ๐Ÿ”บHubabah menyatakan ada juga 'imam' di rumah iaitu seorang suami/ayah adalah imam di rumahnya ❔contoh Imam yg adil adalah seperti seorang lelaki yang menjaga mahramnya (isteri, ibu, kakak atau adik) dari ajnabi (yg bukan halal untuknya)  [membenarkan adik beradik lelaki (si suami) untuk duduk di rumah bersama dengan isterinya.] Ini adalah contoh lelaki yg tidak termasuk imam yg adil ๐Ÿ”บ Antara